Kategori

Saturday 23 April 2016

SPM SAKURA 2015


Inilah wajah 19 orang anak SAKURA yang telah memperoleh 9A dalam SPM 2015. Semoga kejayaan mereka ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua murid yang lain. Doa kami semua semoga anda semua terus berjaya selamanya.

Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2016

3 April 2016: Tahniah Khairil Nasrin bin Bahrin dan Mohd Nur Aliff Haiqal bin Patra atas kejayaan memenangi Gold Award bagi projek 'Mosquito Extermination Trap' dalam Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2016 yang diadakan di Perda Citymall, Penang.

Wednesday 27 January 2016

Pelancaran Program Mentor-Mentee SAKURA 2016



Pada 26 Januari 2016, berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Mentor-Mentee yang dilancarkan oleh Tuan Pengetua, Dr. Norisah Binti Suhaili di Dewan SAKURA. 

Sistem ‘mentor-mentee’ merupakan pendekatan ‘parenting’ oleh Guru guru Rumah yang dianggap sebagai ‘mentor’ dengan murid-murid di asrama yang dianggap sebagai ‘mentee’. 

Ia juga merupakan sistem mentor-mentee berasaskan rumah yang sama dan boleh dilaksanakan mengikut modul – modul yang bersesuaian dengan kehidupan di SBP.




Objektif sistem ‘mentor-mentee’ adalah untuk:

1. mewujudkan hubungan yang jelekit dengan mentee

2. mengenali mentee dengan lebih mendalam dari aspek latar belakang, kedudukan akademik dan disiplin

3. membantu mentee dalam apa bentuk yang difikirkan wajar dan sesuai

4. mentor menjadi pendengar yang baik kepada masalah mentee dan mencadangkan penyelesaian masalah.

5. membantu urusan kebajikan mentee untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan di asrama


Berikut adalah beberapa gambar sesi bersama Mentor-Mentee selepas majlis pelancaran.