Kategori

Wednesday 27 January 2016

Pelancaran Program Mentor-Mentee SAKURA 2016



Pada 26 Januari 2016, berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Mentor-Mentee yang dilancarkan oleh Tuan Pengetua, Dr. Norisah Binti Suhaili di Dewan SAKURA. 

Sistem ‘mentor-mentee’ merupakan pendekatan ‘parenting’ oleh Guru guru Rumah yang dianggap sebagai ‘mentor’ dengan murid-murid di asrama yang dianggap sebagai ‘mentee’. 

Ia juga merupakan sistem mentor-mentee berasaskan rumah yang sama dan boleh dilaksanakan mengikut modul – modul yang bersesuaian dengan kehidupan di SBP.




Objektif sistem ‘mentor-mentee’ adalah untuk:

1. mewujudkan hubungan yang jelekit dengan mentee

2. mengenali mentee dengan lebih mendalam dari aspek latar belakang, kedudukan akademik dan disiplin

3. membantu mentee dalam apa bentuk yang difikirkan wajar dan sesuai

4. mentor menjadi pendengar yang baik kepada masalah mentee dan mencadangkan penyelesaian masalah.

5. membantu urusan kebajikan mentee untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan di asrama


Berikut adalah beberapa gambar sesi bersama Mentor-Mentee selepas majlis pelancaran. 















No comments:

Post a Comment